Wednesday, 14 May 2014

Short Trip ke Pulau Tioman : 1st day, part #1


Assalammualaikum, 

bermula lah cerita aku tentang trip ke pulau tioman baru-baru ni.
ok lah, aku mulakan dari mula perjalanan kami dari Johor Bahru.
mengikut jadual ferry yang aku pick nak ke Tioman, ferrry akan bergerak dari jetty mersing pkol 5.30 pagi jadi kami bergerak sebanyak 2 kereta dari JB direct ke Mersing jam 11.30 malam. 
awalkan kiteorang gerak..sampai mersing pukul 1.15 haha.. so, menunggu detik jam 5.30 pagi kat depan pintu jetty adalah satu penasaran. sabor ye..

masa kat jetty aku kena claim tiket ferry dekat counter ferry yang aku dah booking tu.. kat situ pon dah menguji jugak sebab kaunter nya buka lambat, padahal orang dah lineup panjang ni..
so, lepas aku dah dapat tiket ferry, aku kena amik boarding pass dari Jabatan Laut.. so untuk dapat boarding pass aku kena bayar RM5 seorang utk cas perlindungan taman laut. kira Marine Park FEE  la ni..
once dah bayor fee tu, baru la dapat boarding pass and terus aku dengan yang lain meluru ke pintu departure. orang memang ramai giler.. adehhh~

yeahh berjaya dapat seat tepi tingkap..bajet nak tengok luar tapi gelap adehh
elak mabuk dalam ferry, paksa kan diri untuk tidur ea

bila ferry dah gerak? aku pon xtau sebab rasa dalam ferry goyang2 tapi tengok luar xnampak ap pon, gelap je.. dan mula la kepala rasa pening mabuk laut sudah datang.. so, jom la lelap mata ye..

ferry yang aku naik ni menuju ke Jetty Kg. Tekek, haaa kat sni aku nak sebut resort yang aku amik ialah Juara Mutiara Resort, di mana pantai kampong Juara ni tersenarai dalam CNN listed of the most beautiful beach in the world, bangga nya aku dapat jejak kaki kat resort and pantai ni.. seriusly memang cantikkkk!

Tiba sudah di Jeti Kampung Tekek
di sebabkan sampai kat jetty awal pagi, disarankan untuk bersarapan. dekat jetty tekek ni ada medan selera yang dah buka awal pagi and jual sarapan, so boleh lah pekena nasi lemak dengan teh tarik. tapi kiteorang tak sempat nak sarap sebab driver dah sampai..tapau je la jawab nya. sebab nanti dekat resort pakej yang aku amik takde breakfast and lunch, just dinner je untuk 1st day.

muka tak mandi pagi, selfie itu tetap!
aku bernasib baik sebab masa dalam ferry je 3 orang dari resort dok sms aku tanya dah gerak ke belum, dah sampai mana semua..hihii so, aku tak perlu risau sebab sampai je kat jetty dah ada driver tunggu untuk bawa ke resort. part ni palingbest sebab perjalanan nak ke Juara Mutiara Resort ni extreme giler ok..
Driver yang pickup kami namanya Faisal, naik hilux lalu cerun2 bukit..TERBAIKKK!~
brader2 luu orang duduk dekat belakang k
vrommm vroommm!
dalam keadaan extreme begini pon still sempat berselfie ye..

memang tak dinafikan jalan nak ke resort memang extreme sesangat. naik bukit, lalu tepi lereng bukit yang curam, turun jerun pastu corner tajam junam..pehhh memang rasa mcm naik roller coaster r.. tapi ini pengalaman aku, sangat best and menyeronok kan..!~
ni la keunikan resort Juara Mutiara, satu2 nya jalan darat yang panjang untuk sampai ke resort dekat tioman adalah nak ke resort JM ni..korang kena ke sini jugak ok, highly recomended utk merasai extreme yang kiteorang alami.. hihii

mendakiii dengan hilux
jalan berbukit menghala ke Juara Mutiara Resort Tioman

tips:

  • sila sampai dekat jetty awal, claim dekat counter tiket ferry lepas tu semua member group kene register nama. 
  • korang kena bayar Marine Park Fee dekat jetty RM 5.00 utk Malaysian, lepas bayar baru leh dapat boarding pass utk naik ferry. 
  • dalam ferry memang takde no seat walau dekat tiket ade nombor, so duduk la sesuke hati korang.

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Infinity Cinta By NRSZNZN