Wednesday, 23 July 2014

Bila Si Dia Romantik : Berbuka & Sunset View

memang tak aku sangka.. pada Ramadhan ke 19, bersamaan dengan 17 Julai 2014 pagi2 lagi dah whatsapp bagitau nak buka sama hari ni. hurmmm padehal semalam kami dah pon berbuka sama di rumah dengan adik2 aku. tapi tu la, orang dah ajak aku on je la..tapi dia kata..

"kita buka kat tepi laut tau sayang..."

hahaa die ni berangan je..huhuu aku ye kan aje la sebab pagi tu aku banyak keja kt opis.so xsempat nak tanya banyak2 kat dia. 

dan petang tu dia amik aku balik keja, tapi aku ckp, nak balik rumah dulu mandi. so lpas siap2 kami pon bergerak. katanya nak cari makanan kat bazar, so aku teringin nak g bazar kt stadium larkin tu, die pon xbanyak cakap terus je drive menghala ke sana. 

aku masih blur lagi ni, kat mana nak buka sebenarnya.. lepas dah puas memborong dekat bazar, kami terus bergerak dan kali ini aku dah pasti memang dia nak bawa aku berbuka tepi laot.  

Taadaaa.... 
lokasi berbuka puasa kami di tepian pantai Lido betul2 berdepan dengan Masjid Sultan Abu Bakar. haishh dia punya romantik tu susah nak tunjuk, tapi bila sesekali die buat pada aku tak perlu lah candlelight dinner kat hotel2 pon tak pe.. dapat tengok sunset macam ni lagi tersentuh hati ni cair melelehh hehee.. 


tinjau lokasi, line clear bos!
paling best masa ni, adalah beberapa group yang berbuka juga dekat kawasan berdekatan tapi dieorang just beralaskan surat khabar lama, dan ada yang up sikit bentang tikor mengkuang tu. tapi kami haa amik koo, skali meja lipat kasi bukak ye.. memang betul dia merancang hahaa...

berbuka dengan sunset view, ni rare
lepas je berbuka, kami ke Masjid Sultan Abu Bakar untuk solat mahgrib ;)
kenangan ni akan diingati sampai bila2.. thank you so much dear!


No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Infinity Cinta By NRSZNZN