Sunday, 28 September 2014

A Day @ Pantai Batu Layar, Kota Tinggi

Assalammualaikum, 

kesibukan kerja dan sebagainya baru rasa berkesempatan untuk update sikit aktiviti pada cuti umum yang lepas. 

bertarikh 16 September 2014 bersamma dengan cuti hari  1 Malaysia, encik tunang mempelawa aku follow dia ke batu layar. 
Misi konvoi dengan kawan2 beliau dari Mirage Tuner Satria Community Club..walau tak ramai pon tapi boleh la janji effort tu nampak ye dokk..hihiii

Kepada yang tak berapa familiar lagi, untuk pengetahuan korang Batu Layar terletak di bahagian Timur daerah Kota Tinggi dan di antara Balau dan Desaru, Batu Layar ni yang paling bawah. Aku harap peta ni dapat membantu la ye.

peta kedudukan Batu Layar, Desaru dan Balau

berbeza dengan pantai di Desaru dan Balau, di sepanjang pantai Batu Layar ni banyak batu-batu. haa sebab tu la namanya Batu Layar. tapi ada orang kata memang ada seketul batu besar berbentuk kapal yang berhubung kait jugak dengan nama tempat ini. tapi entah lah aku pon tak boleh nak sah kan perkara ni sebab aku tak jumpa lagi batu yang macam kapal tu..hehee

Pergi terjah ke sini pada waktu public holiday haa memang sesak ramai orang sampai tak jumpa nak parking.. naseb si twin aku yang drive so dia tabah je la.. 

Dan setelah berusaha akhirnya dapat juga parking betul2 di depan Batu Layar Resort. waktu sampai masa tu, chalet ada kosong, tapi ramai pengunjung lebih prefer stay lepak dalam khemah and bentang tikar tepi2 pantai and bawah pokok. same goes to us. Am memang dah standby tikar dalma bonet aje sebab kami suke picnic walaupon dekat tepi pantai lido tu haa..hahaha

pantai yang berbatu



kawasan pantai nya berbatu, sakit kaki kot pijak dalam air batu2 tu sebab tak nampak.. tapi bila dah sampai ke tengah sikit dah xda dah batu2.. batu2 cuma ada dekat persisiran pantai shj. 

tempat port kiteorang ada buaian..

ini Batu Layar Beach Resort tu, ni Pelangi Chalet
untuk korang yang plan nak keselesaan bila datang ke sni boleh la direct contact terus ke  

kiteorang lepak kt sini sampai ke lewat petang. konon nak tunggu orang ramai yang ada masa tu beredar dulu sebab konon nye tak nak sesak2 kat toilet. haaa hamik setepek, punya lah suka bile tengok toilet tak sesak, skali masuk pehhh tak de air la pulakk..choiii!~ 
no wonder la aku dok perasan kenapa la ramai yang berpusu-pusu mandi reramai.. toilet free n bayar ponn takde air okay.. pkir punye la pkir, Am dengang selamba je g tanya salah sorang kakak yang menyewa dekat chalet ni. mintak tumpang mandi tuk kami2 yang pompuan ni.. naseb baik akak tu baik hati kasi aku dgn mira tumpang pinjam toilet..hihiii tq kakak yang baik cantik pemurah ;)


Mirage Tuner di Batu Layar
Mirage Tuner di Batu Layar
ok sekian untuk itu.. ada lagi masa akan aku update share post okay.. happy reading people!

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Infinity Cinta By NRSZNZN