uhh yeahh memang dah lama tak berbaking, dulu tu agak rajin dan berkesempatan je nak menguli tapi dalam tahun 2014 aku rasa baru sekali ini aku berjaya menghasilkan kek serta mengcungkil bakat terpendam yang sekian lama tak tercungkil.
aku decide nak buat butterscotch, tapi takkan je butterscotch semata plak. then, aku terus decide buat kek butterscotch. memang aku pengemar tegar segala jenis makanan berunsurkan butterscotch ni. berhantu gilers..hehee
so, balik dari opis aku terus singgah kedai runcit je..sebab kt kedai runcit area umah aku ni boleh nak di kata kan barang2 nak buat kek semua nye ad.. so senang nak dapatkan tak payah aku nak g kedai baking yang agak jauh dari umah.
untuk bahan2 buat kek aku follow resipi simple buat buttercake, kira resepi paling basic untuk buat kek.
Bahan kek
250 gram butter atau mentega
1 1/2 cawan self rising flour
1 cawan gula castard
1 cawan susu segar
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
Cara-caranya
1st step,
masukkan butter dan gula kastard dalam mixer, pukul sampai sebati.
2nd step,
masukkn 3 biji telur, 1 per satu ke dalam campuran tadi dan korang pukul sampai kembang
3rd step,
masukkn susu segar dan self rising flour sedikit demi sedikit dan pukul sampai sebati dan merata
4th step,
masukkn esen vanilla
then siap untuk dibakar!
Tips:
aku bakar dalam loyang bulat kecik, dapat 2 biji kek. tak sure la plak bape inch size loyang tu. aku baking jugak dalam size cupcake, dapat 6 biji.
aku bakar kek gune api bawah shj dengan suhu 180 celcius, selama 30 - 40 minit untuk loyang bulat, untuk size cupcake aku bakar dalam 15 ke 20 minit.. depend pada oven pembakar korang guna jugak. oven aku oven elektrik.
untuk buat butterscotch sauce nye pulak, bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut
Bahan butterscotch sauce
1 1 /2 cawan gula peramg
1 cawan whipping cream
125 gram butter
1/2 sudu teh garam
Cara-cara penyediaannya
mula2 cairkan butter dalam periuk non stick dengan api sederhana, lepas butter dah cair masukkan gula perang dan gaul rata. masukkan whipping cream. kalau nak rse lemak2 leh lebihkan sikit whipping cream k, ikut korang pnye selera. lastly masukkan garam then gaul sampai kilat dan pekat.
lepas kek dah siap dan sejuk, baru lah korang spread kan frosting atau topping. nak buat butterscotch cream chese frosting senang aje, bahan-bahan yang diperlukan ialah
Bahan Butterscotch cream cheese frosting
200 gram cream cheese
120 gram butter
1 sudu esen vanilla
1 cawan air
butterscotch sauce yang dah siap tdi
Cara - cara penyediannya
masukkan semua bahan ke dalam mixer, gaul merata sampai sebati dan kembang and ringan. korang boleh rasa sekuat mana frosting ni punye flavor dengan menambah atau mengurang kan butterscotch. aku letak lebih butterscotch sebab nak rasa betul2 flavor butterscotch then aku tak letak icing sugar pon, so rasa manis dan lemak2 hanya datang dari butterscotch sauce.
Ok, siap sudah kek express aku ni. simpan dalam fridge dlm lebih kurang 3 jam, kuarkan then ready untuk membaham..nyumm nyummm!!
![]() |
simpan dalam fridge dulu sebelum nak makan k |
![]() |
hasil setelah di potong..sedapp gile! |
![]() |
gebu lembut kek ni... puas hati! |
![]() |
butterscotch caramel sauce in jar |
ok setakat ini sahaja perkongsian ringkas aku,. harap dapat membantu korang2 yang busy tapi teringin nak buat homemade cake kan.. selamat mencuba ye!
rujukan : SIMPLYRECIPES
No comments:
Post a Comment