Monday, 20 October 2014

Kempen Saya Mahu Sentuh Al Quran #SMSAQ

 

Kempen "SAYA MAHU SENTUH AL-QURAN " ini adalah reaksi yang perlu kita ketengahkan kepada semua masyarakat terutama orang islam di Malaysia khususnya. 

pegang anjing buat muka tak bersalah selfie dengan anjing lagi kan.. siap ada yang bawa anak lagi dok ajar anak beramah mesra dengan anjing tanpa ada sebab. Dan paling aku malu ialah melihat dari gambar2 yang terpangpang luas dekat blog dan FB rata-rata semua perempuan yang bertudung yang turut serta dalam kempen pegang anjing tu, Subhanallah... im speechless to sw that.. naseb bukan sedara mara or kenalan aku la wey.. 

Isu terkini mengenai kempen "I WANT TOUCH A A DOG", banyak pihak di luar sana terus menerus menyuarakan pandangan dan tidak kurang hebatnya membantah aktiviti yang secara terang-terangan memesongkan akidah umat islam di negara kita. ALLAHUAKBAR...

Ramai yang memberi pandangan mengenai kempen tersebut yang dikatakan dianjur oleh golongan yang berpengaruh. 

Subhanallah apalah nak jadi dengan umat Islam di Malaysia ni, apa yang mereka fikir agkanya.. nak cakap banyak pon tak guna juga sebab aku pon tak penuh lagi ilmu kat dada ni, tapi rasanya masing-masing boleh fikir akan hukum halal haram ni. 

Sefaham aku la, memang haram untuk kita sebagai seorang muslim untuk menyentuh anjing walaupon dalam keadaan tangan atau bulu anjing itu kering KECUALI pada waktu2 darurat. 

Memetik dari sumber utama, JAIS memberi beberapa pandangan berlandaskan mahzab imam-imam terdahulu. 

MAHZAB SHAFIE :

  1. Anjing termasuk dalam najis Mughallazah iaitu najis berat
  2. Jika terkena air liur atau najisnya perlu disamak dengan air mutlak sebanyak 7 kali dan air bercampur tanah sekali
  3. Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan buruan, menjaga rumah daripada ancaman, menjaga tanaman dan harta benda dan sebagainya. 
  4. Tidak dibolehkan memelihara anjing dengan tujuan sebagai hobi atau binatang peliharaan atau sebagai hiasan di rumah. 

untuk aktikel jais berkaitan isu ini sila klik link ini

walaubagaimanapon, kita sebagai umat islam seharusnya lebih peka dan fikir sedalamnya tentang sesuatu perkara yang kadang2 mengelirukan fahaman kita. 
Kita perlu juga sedar bahawa dekat luar sana ramai golongan hidden hand yang memang mencari kelemahan umat Islam untuk membinasakan umat Muhammada s.a.w Allahuakbar.. 
Peka lah dengan perubahan keadaan sekeliling saudara-saudaraku.. 

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Infinity Cinta By NRSZNZN