Tuesday, 17 March 2015

Jadual Aktiviti Hari Pertabalan DYMM Sultan Johor 23 Mac 2015

Hari Pertabalan DYMM Sultan Johor yang akan diadakan pada 23 Mac 2015 ini dijangkakan penuh meriah. mana tak nye seluruh bandar Johor Bahru akan meraikan hari bersejarah itu nanti dengan limpahan cahaya bak icity di seluruh bandar Johor Bahru. Di khabarkan juga ramai artis jemputan turut hadir mengadakan konsert secara percuma di sekitar pusat bandar.

Dan diishtiharkan (betul ke salah aku eja tu) pada 23 Mac 2015 adalah hari cuti umum bagi seluruh negeri Johor..hoorayyyy cutiii!!

Aku nak share 'screenshoot' dengan korang iteneri program yang telah di sah kn kesahihannya. Dapat dari twitter @joho dieorang ada tweet pasal listing aktiviti sepanjang minggu hari pertabalan sultan.. confirm sepanjang minggu depan ni JB akan meriah giler!!

leh follow aku dekat twitter jugak ye @heyeizanhassan  


Perkhidmatan bas secara percuma untuk ke Istiadat Kemahkotaan

Ditulis pada 16/03/2015 18:44:00
Kerajaan Negeri Johor akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik secara percuma kepada orang ramai di daerah Johor Bahru untuk ke Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Al Marhum Sultan Iskandar, Sultan Johor pada 23 Mac 2015 bermula jam 7.00 pagi di lokasi-lokasi berikut :-


  • Taman Desa Mutiara – Taman Setia Tropika – Dataran Bandaraya (Bas Handal Indah)
  • Terminal Johor Jaya – The Store Pandan – Pasar Borong Pandan – Shell Kg Dato Sulaiman Menteri – Wisma Maria (Bas Maju)
  • Stadium Larkin – Wisma Maria (Bas Maju)
  • Terminal Larkin –Taman Bukit Saujana – Wisma Maria (Bas Maju)
  • Terminal Bas Taman Universiti – Taman Sri Putri – Stesyen Minyak Petron / Taman Tun Aminah – Giant Tampoi – IRDA (Bas Handal Indah)
  • Taman Selesa Jaya – Giant Nusa Bestari – Taman Perling – IRDA (Bas Handal Indah)
  • Plaza Angsana – Bandar Baru Uda / Skudai Kiri – IRDA (Bas Handal Indah)
  • GP Sentral (Gelang Patah) – Taman Nusa Perintis –Perumahan Rakyat Iskandar – Lima Kedai – Taman Mutiara Rini – IRDA (Bas Handal Indah)
  • Terminal Pasir Gudang - Dewan Taman Cendana, Pasir Gudang – Terminal Masai – Plentong – Wisma Maria (Bas Maju)
  • Stadium Pasir Gudang – Perumahan Rakyat Iskandar – Flat Stulang / The Zone – Wisma Maria


**Semua bas yang disediakan percuma mempunyai logo Kemahkotaan DYMM Sultan Johor. 

-sumber fb Peon JB




No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Infinity Cinta By NRSZNZN