Ya..aku dah pon jadi isteri orang.. Isteri kepada suami aku, ya aku bersuamikan dia dan dia beristerikan ak..
lol. apa ko putar alam ni izan hahaa.. ok lets go to the main subject. Perihal bila dah jadi isteri orang. Seriously, banyak perubahan yang berlaku setelah kita tukor status ya. Membohong lah kalau ada yang cakap life dia sama je xde ap pon yang berubah..huh tak payah nak membonngak okay!
Sejujurnya, kehidupan selepas berkahwin adalah satu fasa baru dalam diri aku, perkahwinan yang baru je masuk sebulan (yeahhh happy 1stmonthsarry!!) ternyata amat mencabar. Mencabar dari pelbagai genap sudut dalaman diri kita. haaaa jangan korang ingat life after marriage is the ending of your love story tau.. actually these is the beginning of everything laahh..
Means, dengan ikatan perkahwinan baru lah bermula nya kehidupan kita dengan suami kita. dulu2 dok pakat berjanji bagai la kan.. mesti uolls penat berborak mase zaman couple2 dulu pasal lpas kawin u nak anak bape orang, nak boy ke gurlz? kan kan..hahaaa so inilah dia saat2 di mana segala angan2 yang korang pernah kongsikan bersama direalisasikan. ohh yes yes yes!!!
Antara perubahan-perubahan yang berlaku dalam diri aku ini ialah...
Solat Fardhu
Selama sebulan ni, perubahan paling besar dan ketara pada diri aku ini ialah my Solat Fardhu. Syukur alhamdulillah, suami rajin ingatkan aku untuk solat. Dahulunya payah nak cukup 5 waktu sehari, yup, memang aku akui.. tapi setelah berkahwin, suami aku akan mengingatkan aku untuk solat walau sesibuk atau seletih mana pon kita. Alhamdulillah, kami selalu dapat solat jemaah bersama di rumah. Ya, memang benar, tanggungjawab suami untuk membimbing isterinya, kan.. terima kasih abang!
Bangun Awal
Haaa rutin harian aku masa anak dara, masuk keja pkol 9 pagi so bangun tido pkol 8.30 pagi pon tak pe..lagi lah tempat keja dekat jalan kaki aje pergi kan.. kadang2 bangun 8.45 pagi pon masih sempat lagi okay.. but now, no more bangun selewat itu, jam 6pagi dah siap2 solat subuh. Lepas je solat subuh, aku akan siapkan sarapan untuk suami, sediakan pakaian untuk dia pakai hari tu. tengok ada masa sikit sempat la buka tv tengok rancangan MHI hehee.. lama kot tak tengok rancang ni lupa dah bila last tengok..hahaaa..
Alert & fast response
Memang tak dapat dinafikan deria reflek korang akan lebih aktif sehingga aku rasa lebih 120% tahap tindakan pantas yang dilakukan setelah berkahwin ni...hahaaa maksud aku, bila dah kawin, hidup dengan suami, jumpa suami hari2 tak macam masa bercintan dulu kan.. now day dah 24jam dia ada dekat dengan kita depan mata kita so segala apa yang die request sila ambil perhatian ya.. haa dari sini la mula nya korang nak belajar macam mana nak sesuaikan diri dengan suami.. macam situasi yang aku alami, apa saja yang suami aku pesan atau minta aku kena save in dalam hard disk aku yang ada lebih kurang 500terabite ni, setelah diupgrade..hahaaa... yup, segala perkara yang suami suka tak suka kena tau.. dari situ lah belajar untuk sentiasa mengambil hati dia.. sekali je dia pesan contoh, sementara dia mandi, aku kena siapkan pakaian dia atas katil, plus sarapan dah get ready kat meja makan ni.. and sebelum tido aku akan suapkan dia supplement dan buatkan susu suam untuk dia. Ishh banyak lagi benda2 yang aku nak cerita pasal Alert & Fast Response ni.. senang kata korang kena sentiasa peka dengan apa suami korang cakap kan.. sebab lelaki ni kadang2 dia tak suka nak cakap benda yang sama berulang kali betol tak..?? so mental kena kuat kasi upgrade ke terabite oaky!! hahaa
Kesimpulan secara simple nya, kita sebagai orang perempuan dan juga isteri terutamanya, kena lebih bijak menguruskan diri kita, diri suami kita... haaa kalau boleh buat la jadual kerja ke yang membantu menguruskan hari2 kita..lagi2 lah kita ni ada kerjaya.. kena pandai agihkan masa untuk settlekan tugas2 di luar pejabat ni..hahaa.. sikap tolak ansur, mengambil berat dan juga kerjasama suami isteri adalah sangat penting.. alhamdulillah, dalam tempoh sebulan dan aku akui masih muda sangat dalam kehidupan alam suami isteri ni, ternyata banyak lagi yang perlu aku dan suami belajar. yang paling penting, sentiasa wujudkan mood honeymoon selalu even korang just dok dekat rumah on weekend or just pergi pasar borong berdua beli barang2 dapur..okay!
No comments:
Post a Comment