Monday, 31 August 2015

Short Trip to Mersing Beach Resort

Assalammualaikum,

Eh, korang sambut merdeka tak tahun ni?? sambut kat mana? ke ada yang tak perasan 31 Ogos dah pon berlalu.. oppps! hehehe... Actually apa yang aku cuba nak habak kat korang ialah mengenai trip merdeka kezutan yang en suami aku plan kan untuk aku..

Alkisah nya, aku dan suami tengah sibuk bulan 8 ni sebab kami akan berpindah rumah pada awal bulan 9 nanti.. ni tengah mengemas tak habis2 almaklum aku tak dapat nak bergerak pantas dah lately ni sebab sakit2 badan since preggy dah nak masuk 20 weeks..(aminnn, alhamdulillah...) jadi movement aku tidak seperti jagger malah slowmore step by step... tu yang nak mengemas barang2 tu lambat sikit siap..

Tiga hari sebelum trip baru suami aku bagi tau hajat niat dia nak bawa aku ke pantai.. ye la dari awal2 masa baru kawin dulu aku dok request nak pergi pulau tapi dia tak sempat je nak bawa atas urusan kerja dan sebagainya..dan sebagai isteri kena sabor redho je la... tup tup dia bagitau

"sayunk, weekend ni takde ke mane kan, abg nak bawak syunk g tepi pantai..."

teettt! terkebil-kebil mata aku pandang laki aku sambil dia berlalu pergi dapur bancuhkan susu anmum aku secawan sebelum tido.. nampak kelibat dia masuk bilik aku tanya serius ke nak g pantai mana?? dia jawab kite p mersing syunk.. wahhh seronok nye aku dengar...

Ok, alkisah harinya dah pon tiba.. kami bergerak dari jb agak lambat.. yaa memang lambat giler kiteorg bertolak dari jbsebab duk menunggu kawan yang akan join skali trip ke sana.. tunggu punya la tunggu, jam 6 petang baru bertolak.. fuhh naseb baik aku dah inform resort akan kelewatan kami check in.. husband drive pecut terus ke Mersing..

sesampai je kat Bandar Mersing dalam pukul 9 malam, alhamdulillah.. singgah kat pekan untuk makan malam dulu sebab dah lapor sangat.. so dari pekan nak tuju ke Pantai Air Papan dalam 30 minit perjalanan.. kalau dah tau jalan kejap je la tapi if first time or tak biasa nak ke sana korang boleh tanya orang2 mersing kat situ, dieorang akan tunjukkan jalan tuk korang.. 

Sampai juga akhirnya... masa nak check in aku and somi cepat2 ke kaunter sebab nampak masa tu abg recept tengah tunggu kami guest yg paling lambat check in, muke dia dah loteh layu je.. maap kan kami! 

So, ini bilik yang telah di booking oleh suami aku.. dapat standard room je tapi sangat puas hati sebab selesa dan kemas je susun aturnya.. dapat bilik yang 2 single bed sebab bilik double bed dah fully booking.. so, klu korang nak katil queen size for standard room kena booking cecepat k..  bilik ad tv, hot shower, mini freight.. so, boleh la simpan bekalan makanan korang.. 



so, malam tu sebab dah kepenatan sangat, lepas je check in, punggah barang and solat aku terus je rehat landing nak tido dah..almaklum perjalanan 4 jam lebih kurang dengan preggy lagi kan so terasa pinggang tergeliat pon ada jgk..adehh..

Kepagian esok nya... ok ni view dari balkoni bilik, bilik menghadap swimming pool.. adoi pagi2 dah berendam.. hihiii.. tapi cuci mata dulu k,so pagi tu aku rasa tersangat la lapor, resirt ad inform akan bagi 2 bungkus nasi lemak untuk sarapan, tapi sebab aku dah xtahan lapor, so somi aku dok keluar mencari sarapan pagi2 kat luar.. disarankan korang k, klu nak sarapan better korang prepared sendiri if setakat nak makan roti sapu tuna or kaya ke.. sebab nasi lemak ayam kena cas sampai rm7 kt area sini..kus semangat mahal kan padehal takde apa yang special pon kt nasi tu adehh.. jadi kami punya sarapan sahaja pagi tu jejak RM20 sekali dengan teh tarik and milo tarik..huahhh...

mersing beach resort ogos 2015

mersing beach resort ogos 2015


disebabkan swimming pool telah semakin sesak dek family2 yang ada kat resort tu, so kiteorg decide lari ke pantai.. somi aje yang turun mandi pantai, aku perhatikan je dari bawah pkok ruh ni.. bentang tikor tedur diam2 hehee... cuaca masa ni terik, boleh la nampak air laut tu biru hijau2 walaupon tak berapa cantik sangat kan.. tapi nampak keadaan pantai air papan ni terjaga molek.. walauponn public holiday, kat sini tak sesesak macam dekat Balau, Batu Layar tu.. klu kt sana sure ramai orang and trafik jam xhengat...


Pantai Air Papan Mersing Ogos 2015
lepas dah rasa kulit tu terbakor haa line clear terjun swimming pool plak, waktu ni sepatutnya weolls dah kena check out tapi kiterorg yakin dengan konsep '"check in lambat check out pon lambat la" hahaaa..
kat swimming pool je aku dapat la berendam kaki kejap, masa kat laot tadi aku dok layan ombak je, tak sentuh pon air laot tu.. hukhukhukk.. tabah ye zan..




belanja la selfie sikit dengan suami kite... i luv u to the moon and back la abgg!!! 
thank you soo much sebab bawa syg g sini, fefeling honeymoon gitu.. next time boleh g tempat lain pulak ye abg... bawa baby kite sekali nanti..hihii..


haaa kalau dah kat mersing ni,tak sah kalau tak singgah kawasan kopok lekor yang famos tu kan.. borong la apa yang patut tuk famili.. hihi.. 
so uolls bergerak balik dalam pukul 2 lebih macam tu.. sampai jb nak dekat pukul 6 jugak..alhamdulillah jalan dari mersing ke kota tinggi tak sesak pon.. 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, korang boleh lunsuri laman sesawang
Mersing Beach Resort
atau boleh juga ke page Facebook Mersing Air Papan

Selamat berholiday!!

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Infinity Cinta By NRSZNZN