Wednesday, 21 October 2015

DIY Kotak Gift Yang Comel

Ini post yang dah lama aku create tapi aku tak reveal kan..sebab terlupa tak perasan..hehe
lama punya story tapi nak juga aku share untuk bantu B2B or sape2 shj kat luar sana yang ketandusan idea nak buat kotak gift sendiri.. so, jom layan kisah #throwback ini..

Memandangkan kerajinan dan idea datang mencurah-curah, aku decide nak diy je kotak kecik isi gula2 utk goodies bag nanti.. tema nak ikut kad dan goodies bag, masih guna craft paper bersama dengan doily paper.
Dulu masa along aku kawin kiteorg pon buat kotak kecik macam ni. Sampai kebas jari jemari dok lipat origami kotak. hahaa tapi tetiba time nak testing buat balik kotak ni tak menjadi.. lupa sudah!! naseb baik ada bantuan adik aku dia yang tunjukkan balik cara-cara nak buat kotak dengan penutup sekali.

Korang boleh je search kat google tuto buat kotak 4 segi tepat  ni (square box with lid)

origami kotak kecil 
Kumpulkan segala material untuk menghasilkan kotak ini, iaitu bahan utama kertas craft, kertas A4 aku pilih warna purple dengan hijau, doily paper aku beli kat Mydin aje, reben untuk ikat kotak ni jadi hiasan dan selotape, nak guna double tape pon boleh untuk lekatkan doily paper tu atas kotak.

Step 1: PENUTUP KOTAK
Dengan kertas kraft ini lah aku akan buat penutup kotak. so, buat penutup kotak mesti besar sikit dari bekasnya. Masa buat  lipatan (langkah ke-7 dalam gambar atas) jarak kan sikit jangan sampai pada line center tu. Langkah yang lain adalah sama. 
Lepas penutup siap, tampalkan doily paper dengan selotape setiap sisi macam dalam gambar, then siap!

STEP 2 : BEKAS KOTAK
Follow je step by step macam dalam gambar rajah atas tu haa.. siap dah!

STEP 3 : DECO 
Pastikan gula2 atau apa sekali barang yang nak diletakkan dalam kotak dimasukkan dulu sebelum korang ikat reben cara macam aku buat ni. Taadaa siap sudah, tapi ni sample aje. aku cuba buat and rasa macam berbaloi sebab comel kan kan..cantik kan kalau ada effort lebih sikit sure menjadi punyaa!



Kos keseluruhan DIY mini box with lid:
Paper craft : RM 19/200 = RM 0.095
A4 paper : adik sponsor lpas SPM bnyk A4 paper dah xguna so bagi kat kakak nye..hehe tq adik!
doily paper : RM 4.50
reben : RM 10

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Infinity Cinta By NRSZNZN