Wednesday, 11 November 2015

Kejang kaki semasa hamil

Tak tau la nak mulakan macam mana perihal kejang kaki semasa hamil ni, sebab sejak dah masuk trimester ketiga ni kerap sangat kejang kaki...

sebelum ni, belum pernah lagi seumur hidup aku rasa kejang kaki atau simpul biawak yang selalu orang dok cakap..sakitnya yang teramat.. tapi sekarang baru aku dapat rasa peritnya bila dilanda kekejangan kaki dengan tiba-tiba je..

Aku alami kejang kaki ni sejak masuk 28 minggu.. mula-mula kekerapan diserang kejang kaki ni agak biasa2 je..seminggu sekali macam tu.. tapi sekarang aku kerap kali kena..paling best bila kena time tengah tidur malam.. nak kata sejuk, memang tak pasang aircond pon.. kebor pon cukup tebal dengan keliling aku semua bantal2 empuk..sampaikan en husband tidur di hujung bucu katil kadang2..hihihii..

jadi, aku pon dok la tanya dengan akak ipar aku.. dia bernaseb baik, sepanjang preggy kan 3 orang anaknya dia sekali je rasa kejang kaki..itu pon masa anak sulung. lepas tu dah tak ada dah.. so, dipesan kat aku utk lakukan beberapa tips utk elakkan kejang kaki ni

1. Alaskan bantal pada bahagian kaki semasa tidur malam
2. Sapukan minyak panas dibahagiab tapak kaki, buku lali hingga ke betis
3. Pakai stokin semasa tidur dan gunakan selimut untuk tutup bahagian kaki semasa tidur

So,aku pon ikut la step yang diberi, alhamdulillah.. malam pertama buat aku dapat tidur lena takde gangguan kejang kaki.. kalau tak memang akan terbangun n waktu tu rasa nak hempuk2 je laki kat sebelah..hahaa..

So, aku search kat pakcik google dan dapat sedikit info daripada babycenter.com
.
.
.
Berikut ialah beberapa teori tentang mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil: 


  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
  • Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.


Bagaimanakah saya dapat melegakan kesakitan ini?

  • Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.
  • Urut otot yang kejang itu.
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.


Bagaimanakah saya boleh mengelakkan kekejangan?


Anda boleh cuba beberapa langkah berikut untuk melihat samada ia berkesan atau tidak: 

  • Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.
  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.
  • Minum banyak air.


http://www.babycenter.com.my/a1043396/kejang-kaki-dalam-kehamilan#ixzz3rEeMmgwd

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Infinity Cinta By NRSZNZN