entry kali ni, nak short story sikit about how i meet him, how we get closer pada dasarnya kami memang bukan kawan pon walaupon satu kem latihan dulu.
ok, let me throwback..
2007 - jejak kaki dekat kem PLKN. masa dekat kem, 3 bulan kat Kem Desaru Gerak Khas seriusly bila ingat kan balik aku memang tak pernah langsung jumpa dia kat dalam kem. kampany kiteorang pon lain2 tapi masa ada kelas aku memang tak perasan dia. tapi sesekali bila aku tanya dia sekarang ni,
"dulu pernah ke kat kem kita borak2 or nampak sayang ke?"
jawabnya
"dulu mana nak pandang orang kiri kanan, orang famous kat kem kan..siapalah kita ni.."
adoihai, kena setepek kat muka ko izan..hehe tapi memang gitu la hakikatnya..aku memang tak pernah nampak dia kat kem, or maybe aku lupa. tapi bila dapat tengok pic lama masa kat kem, baru tersedar ohh dia ni lah orang nya..macam pernah singgah dalam kotak memori aku la..
2012 - haa kenapa tetibe dari 2007 terus jump ke 2012? hahaa sebab tahun yang aku tak mention adalah tahun2 yang kami langsung tak ada kaitan antara satu sama lain. sebab lepas je tamat latihan memang tak ada jumpa and contact dia pon..ye la kat dalam kem pon kami bukan geng! hehe
tahun 2012, aku terjumpa group kem dekat Facebook. pehhh setelah 5 tahun baru dapat jumpa group ni, aku pon join la.. member dalam group tak seramai kat dalam kem, suku kot jumlah nye..tapi bila aku dok usha sorang2 adalah muka2 yang aku kenal dan dari situ la aku mula contact dengan kawan2 kem..naseb ada yang still kenal aku, al maklum budak paling famous kat kem kan..huuaaahhh!
so, tetibe aku dan partner in crime aku iaitu Saft, adik beradik tiri masa kat kem plan nak buat reunion. alhamdulillah dapat feedback dari yang lain. so terjumpa lah kami semua pada bulan puasa. 27 Julai 2012. buat gathering berbuka puasa dekat Kaptain Steamboat & Grill.
dan masa ini lah aku pertama kali jumpa dengan Am. masa ni aku still blur2 lagi sebab tak kenal and tak cam dia. so, aku layan gitu2 je..hahaa dia pon waktu tu sangat pasif, mendiam kan diri je.. aku pulak jenis bebual kecoh kepoh je bile tengok dia tak bagi respond sangat so, okay la..pandai2 lah ko handle ea izan..
2013 - lepas je gathering yang pertama, kami just contact via Fb aje.. tu pon tak selalu..tapi untuk kali kedua punya reunion ni ada lain macam sikit. entah macam mana aku contact dia sebab nak mintak tolong kumpulkan kawan2 yang lain. haaa dari situ lah kiteorang kerap berhubung.
lepas je gathering, hubungan kami makin rapat.. waktu tu bulan Ogos 2014. tiap2 hari wechat ni..and waktu ni dia kerap kali panggil aku mak nenek! herkk..~
sampai lah satu hari tu aku mintak temankan aku last minit shopping untuk raya. 2 hari sebelum raya kiteorang kuar. dia pau aku sampin, kata nya upah teman kan aku angakt bag2 shopping. hahaa okay.
raya ke 4 dia muncul, update status berbaju melayu lengkap songkok and sampin, dengan caption 1st pakai sampin..
hahaa sampin yang aku beli kan tu..PAUSE!!
kat sini dah mula rasa bait-bait tapi aku tak layan kan pon..buat rilek lagi.
September 2013 - date tak ingat berapa haribulan tapi lokasi memang akan ku kenang sampai bila2, Mc Donald Taman Kobena saksi kami..cewahhhh!
trick hilangkan cincin aku masa lepas dinner yang dia buat menjadi, dia gantikan dengan cincin baru. that time speechless. PAUSE! lagii...
so dari hari tu la bermula nya kisah Infiniti Cinta Eizan & Am..
dulu pada asalnya kami bukan kawan..jadi kenal lepas tu disebabkan reunion kem plkn kami kedua, kami mula rajin contact dan sejak tu jadi rapat.. ikut kan dalam masa sebulan je dia nak usha aku ek..hahaa
apa pon aku berdoa moga ikatan pertunangan ini terus ke akad yang sah. aku amat bersyukur sehingga hari ini dia yang aku kenal mungkin setahun yang dulu sebenarnya banyak bezanya.
banyak dah kami lalui since kami decide untuk bertunang hujung tahun lepas, alhamdulillah kami masih bertahan sehingga sekarang. dan apa yang lebih baik ialah, perasaan cinta kami makin hari makin mendalam.. syukur dengan anugerah mu ya Allah..
dari kawan jadi kekasih, in sya Allah akan jadi satu-satunya suami dunia akhirat aku.
aminn..
![]() |
2007 - join team kayak kat kem |
![]() |
2007 - geng2 sekepala, ajangan cari am sbb dia mmg xd dlm semua pic aku kt kem |
![]() |
2012 - Am yang pakai cap putih tu |
![]() |
2012 - mana dia ntah, hilangg! |
![]() |
2013 - 2nd reunion |
![]() |
2013 - dia yang tengah2 tu haa |
Disember 2013 - entri merisik cum tunang kami!
No comments:
Post a Comment