Wednesday, 2 July 2014

Projek Infinity Cinta Eizan Am : Kahwin ringkas

assalammualaikum, 

tertarik teruja tiap kali terbaca artikel mengenai majlis perkahwinan yang ringkas meriah. dek berblog walking sampai terbaca akan satu artikel yang kali ni benar2 membuka mata dan menyakinkan aku 120% untuk membuat majlis perkahwinan aku seringkas yang mungkin. 

view artikel yang aku maksudkan tu kat sini ---->DUNIA SEBELAH ZARA

masih tak dapat dinafikan, korang sendiri akan mengalami situasi sama macam aku berkaitan dengan isu kahwin2 ni. pada zaman sekarang ni boleh dikira dengan jari laa majlis kahwin yang korang pergi baru2 ni mesti gempak havoc kebaabomm kan.. ya, semua nya bergantung kepada kita diri sendiri. 

macam aku dan Am, kami impikan majlis yang ringkas dan meriah. senang kata aku nak majlis aku nanti ala2 majlis doa selamat kenduri kesyukuran. masih lagi jemput saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai rakan taluan untuk hadir majlis aku macam mana korang hadir majlis kahwin yang kat dewan tu. cuma majlis aku buat dekat rumah je, mgkin nikah nya di masjid atau pon di rumah. 

tapi penghalang kepada niat untuk buat majlis ringkas ni selalunya timbul, btol x? since aku adalah anak perempuan sulung dalam famili, emak dah tak ada..jadi aku rasa untuk tidak membebankan ayah dan abang aku serta bakal suami aku ialah dengan buat majlis nikah dan kenduri doa selamat. 

mungkin nikah nya pada hari jumaat, selepas solat jumaat. dalam pukul 3 atau pukul 4 petang. lepas majlis akad nikah terus je ke rumah untuk sesi bergambar dengan family and kawan, pengantin lepak santai2 sempoi2 boleh borak2 dengan tetamu yang datang dari jauh tu. selalunye la kan, majlis yang kebiasaan nya pengantin akan dok pleasing atas pelamin dan hanya mampu lambai2 je kawan2 yang dok kat meja tu. dapat jumpa dan bertegur ye, bukan berborak sembang pon lepas tunggu pengantin habis tepung tawar habis siap makan beradab kan..? pukul bape leh salam pengantin? kesian datang jauh2 jmpe pengantin say hai bla bla tak sampai 3 minit pengantin dah cabut nak g outdoor photoshoot..adehhh! 

so, untuk aku dan am..dia nak majlis yang macam tu, bukan dari kebiasaannya. alhamdulillah Am, lelaki memang nak majlis senagn je..katenya janji nikah settle dah.. 

apa yang merungsingkan kami sekarang adalah adat2 yang pada asalnya dah jadi common dalan tiap majlis perkahwinan orang melayu. bila kita tak buat tu tak ada ni tak ada tu akan ada saja mulut2 busuk ni dok mengata bagai..tu la penyakit orang melayu kita ni.. dan ditambahkan pula dengan adat melayu moden ikut trend aku panggil sekarang. 

adat kahwin orang melayu :

  • mesti ada pelamin - pengantin duduk atas kerusi ada backdrop yang cantik makin besar pelamin makin rasa bangga nak duduk situ lama2 agaknya ek
  • mesti ada tepung tawar - not sure lah dari mana adat ni berasal, famili naik atas pelamin dok colet2 inai kat tgn penganti, renjis2 air mawar, campak2 bunga rampai lpas tu dapat la hadiah bunga telur sorang2.
  • makan beradab -  pengantin makan semeja dengan ahli keluarga. lauk kena best2 sedap2 ye..


trend kahwin orang melayu sekarang : 

  • mesti nak ada jurugambar official - amboi macam retis, kalau nak nampak gempak buat complete semua ada, dari pre wedding photosoot, ke shoot nikah, shoot time sanding, outdoor lagi..plus rakaman video selama 5 minit di vimoe or utube. pehhh full coverage okay
  • pacak candy buffet - lately ni aku pergi majlis2 kahwin, memang dah jadi benda wajib agaknye nak ada satu corner side untuk pacak candy buffet ni. ada jajan2 gula2 cute2 macam tu..
  • photobooth - ni pon memang wajib ke kena pacak jugak??? kalau xde xleh kahwin ea..??
  • guest corner - letak satu meja hias cnatik2 untuk tetamu turunkan tanda tangan dekat buku tu, wish kat pengantin..bla n blaa.. yang ni merepek,aku tak minat langsung. 


haa ada lagi ke yang rasa dijadikan trend perkawinan.. tk cite lagi pasal tunang dan yang lain2 tu kan kan... hurmm apa yang aku mention ni actually asasnya hanyalah benda2 yang 'tak buat xdapat dosa pon' so, klu buat pon rasanya pembaziran.. penjimatan itu yang diperlukan sebab aku kahwin bukan dengan anak dato or kerabat. jadi aku lebih pentingkan kehidupan kami berdua selepas perkahwinan nanti. 

maybe apa yang aku list kan kat atas ni akan tiada ketika majlis aku nanti. maksudnya bukan tak ada pelamin makan tu. still ada tapi bukan seperti kebiasaan majlis yang ada sekarang ni. sebab majlis kenduri doa selamat akan diadakan belah malam, so kalau majlis malam ni meriahnya lain sikit kan. 

seriously, aku tak tolak adat perkahwinan orang kita ni tapi kalau tak buat tak dosa pon kan.. is adat bukan law agama so tak wajib to follow.. dan tak salah la kan kalau aku tak nak buat adat2 ni betul tak? mungkin orang lain boleh terus kan adat, nak berinai 3 malam sekali gus. suke korang la kan sebab majlis korang.so macam aku juga, majlis aku hak aku untuk buat majlis berupa macam mana. 

satu je aku pegang, ikut tuntutan agama. so, wajib nikah dan majlis kenduri sekadar nak maklumkan kepada orang ramai yang kita ni dah kahwin. tak perlu lah pening pikir nak berarak satu taman perumahan ko tu pulak.. just make it simple je kan ke mudah. 

'when marriage become expensive, zina become cheap, so dear parents please make marriage easy'

orang2 tua ni lah yang akan menjadi penghalang BESAR dalam majlis.. sebab berpegang pada adat selama mereka hidup ni. tapi janganlah kita yang nak kahwin ni ketepikan mereka2, sesungguhnya restu seluruh keluarga adalah sangat penting. jadi kalau boleh niat kita nak buat majlis ringkas ini perlu di bawa berbincang supaya majlis kita nanti berjalan lancar tanpa ada rasa tersinggung dari semua pihak..haa itu majlis yang jayanya pada aku. 

iteneri majlis akan aku update nanti. semoga perancangan majlis teringkas di abad ini berjalan dengan sukses nye!
selamat menjalani ibadah puasa, ramadhan ke-4 sudah..;)

#projekinfinitycintaEizanAm

sumber gambar dari  (klik disini)

UPDATE : Tips kawen ringkas by my ownself.. klik HERE

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Infinity Cinta By NRSZNZN