Sunday, 26 July 2015

eh eh nak share gud news ni


Bismillahirahmanirahim...
dengan rasa syukur kehadrat Allah swt, aku dan suami ingin berkongsi perkhabaran gembira kami kepada semua..
syukur alhamdulillah, aku telah sah mengandung!
Kini usia kandungan baru berusia 16 minggu..

Actually aku baru je melepasi minggu-minggu yang sangat sukar di awal kehamilan, di mana pertama kali aku merasa morning sickness dan bermacam alahan serta perubahan fizikal yang berlaku pada badan aku sehingga 1 tahap mental tak dapat terima..

fuhhh! sebulan aku tak dapat menjalankan ibadah puasa tahun ini disebabkan morning sickness serta condition badan aku tak mengizinkan untuk aku berpuasa. Apakan daya, mula2 bile dapat tau dah berisi nait nak pose penuh tahun ni dapatlah.. rupenye hanya impian sahaja.. takpe la.. demi yang tersayang dalam tummy ni kan..

Now alhamdulillah, aku semakin pulih dari ambang 1st trimester.. sekarang badan baru terasa segar semula dan aku dah boleh makan nasi.. mase awal2 dulu aku memang tak boleh telah nasi ni.. makan sesuap dua and tak sampai bape minit keluar balik.. apa yang aku boleh makan waktu tu ialah buah-buahan. dan tekak nak makan western aje, burger checken chop tu yang aku leh telan.. 
waktu2 tu sangat tragis tapi naseb suami memahami..dia layankan aje apa yang aku nak makan.. 

sekarang baby pon dah makin membesar, walaupon  baby bump xbape nka nampak lagi sebab aku kecik kot..hihii..tapi boleh rasa baby tu ada dok dalam tummy kite.. 

xsabar sangat nak tgu dia gerak2 dalam perut ni..
semoga membesar degan sihat dan sempurna ya sayunk..


No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Infinity Cinta By NRSZNZN