Monday, 27 July 2015

Pantang Larang Semasa Hamil??

Assalammualaikum semua..

just tertanya2 since aku disahkan mengandung pada bulan Mei yang lepas, bila aku inform berita gumbira ni kat abang long and kak ipar aku, terus aku dapat macam2 petua pantang larang dari Sil.

Korang mummy2 ada ke pengalaman macam ni x? ikut petua itu tak leh ini tak leh..ada tak ek??
bukan apa, sebab petua2 yang akak ipar aku bagi tu punya la banyak dan rasa macam pelik pon ye jugak sebab tak pernah tau pulak ada petua seumpama itu untuk preggy mummy...

antara petua2 awal yang kak ipar aku dok bagitau kat aku ialah..


  • simpan dan bawa gunting kecik dan yassin dalam handbag
  • jangan duduk bersantai depan pintu rumah
  • jangan berada di luar ketika waktu senja dan jangan balik lewat malam
  • ikat2 plastik atau apa2 jangan ikat mati
  • elak kan siang ikan


dan ada lagi yang aku tak bape nk ingat.. hurmm

so apa pulak pengalaman korang mummy2 kat luar tu?? ada lagi x petua2 yang masih lagi korang amalkan masa preggy?? share la sikit mehh


 

Petua dan pantang larang semasa mengandung
1) Banyakkan berfikiran positif
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Sentiasa berdoa agar dipermudahkan bersalin dr awal kehamilan
4) jaga hubungan sesama manusia...elakkan menyakiti hati org atau bermusuh
Nasihat lain
1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya... semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar bacaan Al- Quran. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
5) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.
Nasihat Pemakanan
1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.
Banyakkan :-
1) Minum air susu, makanan sunnah spt habbatus sauda, kurma
2) Makan buah2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.
Amalan di hujung kandungan :
1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti.
4) Amalkan doa dipermudahkan bersalin

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved Infinity Cinta By NRSZNZN