Hi assalammualaikum semua..
Dengan kesempatan yang ada ni aku nak share sikit dengan b2b kt luar sana macam mana nak melangsungkan majlis perkahwinan korang yang ringkas atau dalam erti kata lain majlis kawin bajet..hihii.. so, beberapa tips yang akan aku kongsikan ini adalah based on my real experience.. elok sangat klu korang ni memang jenis berkira-kira and berbajet-bajet dalam urusan majlis kawin, dan yang paling penting lepas majlis takde hutang sana sini.
1. Buat majlis sekali harung (2 in 1)
Maksud nya di sini korang buat majlis nikah dan juga majlis bersanding dalam hari yang sama. Dekat sini je dah leh banyak buat penjimatan di mana dari segi tenaga kederat seluruh ahli keluarga korang.
Masa majlis aku yang berlangsung pada 13 Feb 2015, aku nikah di masjid je.. selesai upacara nikah seluruh famili members dijemput ke rumah untuk jamuan ringkas. Majlis nikah aku selesai dalam jam 4.30 petang.. Aku tak guna katering tuk jamuan nikah, just upah kakak sepupu aku je yang masakkan tuk family yang datang waktu tu.. kat situ pon udah jimat banyak!
2. D.I.Y segala benda yang boleh
Dari pada kad kawin, pelamin, bunting semua aku DIY sendiri.. ye rajin lebih sikit untuk buat semua benda2 ni dalam 1 masa tau. Kad jemputan, dari design sampai print semua aku settle sendiri..kos tak lebih RM100 aku dapat generate 350 keping kad jemputan. Jimat sangat kan!!! Aku pikir if tempah kad mahal2 pon tak guna juga, last2 sure ke tong sampah kan.. Pelamin, pon buat sendiri dengan bantuan kakak ipar ku.. bajet pelamin aku dalam 350 je huhuu... box kayu tu dapat diskaun harga terlajak murah.. backdrop kekayu tu print je, member suami sponsor..huhuu.. Gubahan hantaran pon simple aje, aku dengan kak ipar yang gubah pakai fresh flower.. naseb dapat direct supplier fresh flower, dekat dengan umah aku je..Jimat gila laa!! korang kalau ada sumber2 yang boleh membantu korang cubalah usha2..mana tau rezeki dapat sponsorship kan..
Klik HERE utk post diy kad kawen aku
Klik HERE utk post diy kad kawen aku
3. Baju Nikah & Baju Sanding
Bab baju untuk nikah dan sanding aku sendiri yang settlekan.. Kain baju nikah beli dekat jakel masa tu offer sepasang dengan baju melayu siap samping sekali dalam RM150. Tempah dengan tailor RM 270 untuk jubah nikah dan baju melayu. Baju sanding aku telah disponsor oleh makcik kesayangan aku. Baju sanding by Minaz Boutique RM170 offer price huhu...baju tu just ada patch lace je dekat bahagian bahu dan bawah..so aku tambahkan sikit manik batu2 tu dalam RM60. Veil nikah aku dapat free, menang contest dekat instagram..hahaa rezeki sangat2!
Aku cadangakan kalau korang nk baju simple2 boleh je buat sendiri.. or beli je yang dah siap sekarang banyak juga baju pengantin ready made kan.. klu amik pakej andam n nk request baju baru mau nye rm400++ kena tambah lagi, betol x?
Aku cadangakan kalau korang nk baju simple2 boleh je buat sendiri.. or beli je yang dah siap sekarang banyak juga baju pengantin ready made kan.. klu amik pakej andam n nk request baju baru mau nye rm400++ kena tambah lagi, betol x?
4. Kanopi or Dewan
Pada awalnya memang niat nak buat majlis kat dewan, tapi bila last2 minit mencari dewan banyak dah full so majlis di rumah sahaja lah.. So pasang kemah arabian tu 5 biji siap skali kusi meja scallop dan skirting semua.. Alhamdulillah, kos sewa kemah dapat sponsor juga, semuanya encik suami yang uruskan.. kami hanya perlu bayar 3 biji kemah je, lagi 2 kemah FOC..Syukur alhamdulillah.. Pada aku lah, sewa dewan mungkin jauh lebih mahal dari pacak kemah depan rumah, if korang nak majlis korang nampak teratur molek is shud be at dewan or hall yang besar dan selesa. Tapi kebetulan majlis sanding aku malam, so naseb tetamu tak merasa panas bahang matahari sebab if petang umah aku belah depan akan terik sebabkan matahari direct turun depan umah..
5. Jamuan Makan
Majlis sanding aku pada sebelah malamnya pulak.. Bab katering pon aku bernaseb baik sangat2 sebab dapat best price untuk pakej yang aku amik dari caterer tu. Puas hati sangat2 sebab pakej yang aku amik ni dah complete set semua ada dan tetamu yang datang pon cakap lauk pauk sedap! Kos katering aku tak lebih RM5K untuk tetamu 650 orang.
6. Kek kawin
Benda paling hujung2 aku pikir ialah kek kawin.. lepas majlis nikah baru aku teringat kan kek.. kecoh juga petang tu sebab kek kawin tak de..hahaa.. Alhamdulillah rezeki lagi, member kelab kereta suami rupanya dah standby kan kek kawin kiteorg.. walaupon kek biase je tapi bila hadap ramai2 habis wooo!! Pada aku, if korang ada bajet lebih nak tempah kek kawin tinggi tu terpulang lah.. masing2 punya citarasa..
7. Photographer
Bab amik2 gambar dan rakam2 video ni aku serahkan kepada sepupu2 aku.. sorang shotkan video just guna handycam aku je and sepupu aku yang lagi sorang dia ada kamera dslr and hobby die memang suke amik gambor and shot dia pon leh tahan juga cantik, so dia sukarela nak tolong amikkan pic masa majlis aku tu.. Jadi kos jurugambar riburiban tak de la di sini ya.. Jimat lagi!!
Ok, aku rasa ini lah antara item2 yang besar yang dapat aku minimakan perbelanjaan nya.. Alhamdulillah lepas majlis aku dah tak pikir lagi pasal hutang kemah,katering, pelamin dan sebagainya sebab semua kos2 tu aku dapat settlekan sehari sebelum majlis dan sehari selepas majlis. Duit hantaran aku masih ada berbaki RM 2500 dan baki tu aku and suami decide tuk buat belanja lepas kawin.. konon nak buat g honeymoon tapi tak sempat g honeymoon aku dah preggy..haishhh.. hahaa!!
So, harap tips2 dari aku ni dapat lah membantu korang kat luar sanan yang dok mikir macam mana nak uruskan belanja kawin..lagi2 dengan kos belanja kawin skrg yang makin tak masuk akal kan.. apa2 pon berbelanja ikut kemampuan bukan ikut nafsu, semua nya nakkk! klu gitu aku pon nak juga majlis kat ballroom hotel tu haa!
No comments:
Post a Comment